Airbnb.
Ini pertama kali saya menggunakan web ini sebagai alternatif untuk mencari penginapan selain hotel atau hostel.
Airbnb ni satu perkhidmatan untuk kita pilih tuan rumah (host) untuk kita menginap ikut jenis bilik yang dia ada.
Ada 3 jenis penginapan yang boleh dipilih dlm airbnb ni :-
1. private room. Hari tu saya pilih rumah yg ada pilihan ini.
2. shared room. Shared room ni macam host sediakan ruangan utk tidur contohnya sediakan tilam masa nak tidur diruang tamu. Kita tiada bilik khusus.
3. entire home. Yang ni konsepnya mcm homestay lah.
Sebelum buat pilihan:
1. Check dulu review orang pada host. Kalau semakin banyak review, oklah tu. Bila dah buat pilihan mana yg ok, boleh mesej host tanya apa yg anda nak tahu & perkenalkan diri.
2. Check latar belakang host. Dia duduk dgn siapa, pasangan dia gay ke lesbian ke. Check dia ada bela apa, kucing ke, anjing ke.
3. Baca syarat & peraturan yang diberi host. Boleh masak ke tak, blh guna mesin basuh tak. Dsb.
4. Tengok harga untuk satu malam dan tambahan lain cth servis cas atau deposit sekuriti.
5. Jangan tipu bilangan orang yang nak menginap. Tulis 2 orang, sekali datang mak aiii satu van. Malaysia bolehla macam tu. Hahaha
6. Lepas dah ok semua tu bolehlah booking. Buat bayaran guna kad kredit atau debit. Tiada bayaran yang dibuat diluar airbnb.
Alhamdulillah. Pengalaman kali pertama saya sangat ok dengan airbnb. Harga RM145 oklah untuk private room yang sangat luas. Berbanding dgn dorm kecil yang saya duduk satu mlm RM90. Saya kira rata2 hostel di Tokyo mempunyai keluasan hostel yang sangat terhad.
.
Ada orang tanya saya, boleh percaya ke host tu? Ya terpulanglah masing2. Tapi bukan ke sepatutnya host tu yang perlu lebih risau kerana kita orang asing yang nak menginap di rumah mereka walaupun berbayar kan?
.
Oh untuk buat akaun dan booking dlm airbnb ni, sekuriti amat ketat yang mana kita perlu scan ic/lesen/ pasport.
.
Ada lagi satu penginapan free yang saya tak pernah cuba. Couchsurfing. Mungkin next time??
No comments:
Post a Comment